Monday, April 20, 2009

sejarah lama negeri kelantan

KEBANGKITAN KERAJAAN JEMBAL
Pada masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang berpusat di Gunung Cinta Wangsa, di sebelah timur laut Negeri Kelantan telah timbul pula sebuah kerajaan yang berpusat di Jembal iaitu di bawah pentadbiran Raja Sakti. Hubungan kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan kerajaan Jembal di bawah Raja Sakti terjalin dengan baik sekali. Kedua-duanya saling menghantar utusan.

Asal-usul Kerajaan Jembal
Kerajaan Jembal asalnya diasaskan oleh Raja Besar yang dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah negeri Kedah dalam abad ke-14. Baginda Raja Bersiung dihalau oleh adinda baginda yang berpangkat Raja Muda. Baginda telah melarikan diri ke Kelantan. Mengikut ringkasan "Cetera Kelantan" yang ditulis oleh Dato' Nik Mahmud Nik Ismail (Dato' Paduka Raja), Raja Besar dan Raja Bersiung adalah orang yang sama. Kenyataan ini agak kabur dan bercanggah dengan fakta sejarah kerana Raja Bersiung memerintah Kedah pada abad ke-14, sedangkan pembukaan Jembal oleh Raja Besar ialah pada awal abad ke-17 (tahun 1600-an).Raja Besar dan pengikut-pengikut baginda mencari satu tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri. Angkatan baginda telah menemui satu kawasan tanah yang subur yang terletak di tepi Sungai Babong dan Pulau Melaka. Di situ baginda mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya mendirikan sebuah kota. Di dalam kawasan itu terdapat sebatang pokok yang sangat besar iaitu pokok jambu jembal, lalu baginda menamakan tempat itu JEMBAL.Baginda Raja Besar tiba di Jembal bersama beberapa orang pengikutnya serta dua orang kanak-kanak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-duanya dipercayai cucu baginda. Yang lelaki bernama Raja Sakti dan yang perempuan bernama Puteri Mani Kemeyan. Setelah kedua-duanya meningkat dewasa lalu mereka dikahwinkan.

mana lebih penting..?kata2 hebat dalam blog atau blog yang cantik..?

skrg ramai yang ade blog,ade yang tulis diari,ade yang suka tulis kata hikmah,ade yang buat bisness n macam2 la..tujuan sebenar blog,kita pun tak thu,dah jadi byk sgt tujuan buat masa skrg,persolan sekrang mana yang lebih penting antara ayat blog dgn layuotnya,jwpnnya dua2 penting..?tidak...isinya lebih penting..tak de guna satu blog itu klu ia tidak mendatangkan manfaat pada kita,kata hikmat yang boleh diambil utk dijadikan bahan rujukan hidup menjadikan sesuatu blog itu cukup sinonim dengan tujuan sebenar blog dicipta,klu blog dijadikan utk bisness,ia juga sesuatu yang baik,tapi jika blog itu dijadikan utk penulisan diari,itu bukan lagi diari namanya,tapi bahan bacan jadinya,jika anda terfikir utk menulis diari anda dalam internet,anda perlu fikir byk kali,adakah diari anda itu disukai,dipuji ATAU di kutuk dibenci dan tidak di sukai..?Klu anda seorg yang suka baca diari org lain,anda mgkn blh tulis diari hidup anda dalam alam cyber ini,tapi jika anda sebaliknya,anda menempah rasa tidak selesa dalam hidup anda.Fikirkanlah..onewlife.blogspot.com

KEnape..?

Setiap kali aku dengar nama itu,hatiku terpukau,seperti aku lupa yang baru berlaku dan terus teringat yang lalu,yang lagi hebat dalam hidupku,aku bukanlah seorg yang periang tapi aku menjadi riang dengan dia,aku memang seorg pendiam,tapi aku tak pernah diam bila bersama dengannya,aku bukalah seorg yang suka sHopping,tapi bila dgn dia shopng lama-lama pun takpe,aku memang bukan seorg yang suka mengada2 tapi aku hya mengada2 dgn dia sbb aku tahu dia faham akan aku,aku bukanlah seorg yang cemburu tapi bila dia dgn org lain aku memang cemburu betul,aku tak kesah klu org tak balas SMS ku tapi klu dia aku rasa lain macam,sakit,aku susah nak puji seseorg,tapi klu dia aku puji je wlpn ia bkn,rasanya ramai lagi yang menawan,tapi kenapa dia..?kenapa bukan seseorg yang senang dgnku..?kenapa bila bukak mata je aku teringat kat dia,bila nak tido je perpampam muka dia,bila nak makan je igt nama dia,kenape..?Klu org lain aku tak kesah dia buat ape,tapi klu dia kenapa aku kesah..?klu org lain buat salah aku buat tak thu je tapi klu dia aku kesah sgt,klu dia dalam kesusahan aku simpati,bila dia exam aku care,rasa nak sentiasa gud luck,bila tiba hari lahir,aku nak jadi org first person wish,nak je bagi hadiah byk2..kenapa sampai camtu sekali..?klu dia sakit,mesti rasa ssh hati,rasa tak selera nak makan,agaknya klu dia tak makan,aku pun tak nak maknla,klu dia wat dosa aku rasa bersalah tak nasihat dia,kenapa MEsti dia bukan org lain..?nak kata dia good looking,tak de la sampai cam model,klu ikutkan rama kawan aku yang cam model tapi kenapa mesti dia..?KENAPE...?---kata kata aduan dari seorg teman yang inginkan jawapan yang tidak lagi ada KENAPE dalam jawapan tersebut..haha..SApe..?
ade r..onewlife.blogspot.com

Siapakah jodoh kita..?

hidup ini memang sukar,susah nak faham,sukar trima cabaran,klu tak tahan dugaan,macam2 boleh jadi,
kalau lah kita baleh pusing dunia,mesti kita ingin pusing masa hadapan,untuk lihat hidup kita,jodoh kita pada masa akan datang.
ada org yang dah rasa couple mereka tu mmg jodoh untuk dia tapi mungkin bukan,ada org yang dah rasa sesorg itu tidak sesuai utk dijodohkan utk dia,tapi mgkin itu jodohnya,
bila dah bercinta,mesti kita akan rasakan mmg itulah jodoh kita,tapi bila gaduh,tak kawin ngn dia pun takpe..rasanya bukan perasaan kita yang tentukan jodoh kita tapi yang Maha Berkuasa,
ada yang bila ada pasangan tak layan pasangan itu macam couple,tapi macam bini,yang lain ok tapi bila ia dikongkong sperti bini,jiwa akan memberontak,mulalah gaduh..
tak semua org blh berfikir dgn betul dan tak semua org rasa dia betul dan dia mmg betul,manusia biasa je,tak de kuasa.
Jodoh bukanlah org yang kita rasa dia jodoh kita TApi dia adalah seseorg yang mmg dijodohkan untuk kita,
Berusaha dan bertawakkal lah utk mendapat jodoh yang terbaik dalam hidup kita.
Hidup hanya sekali,biarlah jodoh juga hanyalah sekali.